Sabtu, 23 Juli 2011

Kekaguman Seorang Saintis

Kekaguman Seorang saintis

saintis yang kagum dengan kenyataan Quran ini adalah profesor Yoshihide Kozai daripada Universiti Tokyo, Jepang. Beliau adalah pengarah National Astronomical Observatory di Mikata, Tokyo, Jepun. Beliau ditunjukkan ayat-ayat Quran yang menceritakan berkenaan kejadian langit dan Bumi. Selepas mengkaji ayat-ayat itu beliau merasakan seolah-olah ayat-ayat itu diceritakan oleh seorang yang melihat kejadian alam ini di peringkat tertinggi. Kuasa yang menceritakan kejadian ini mampu melihat kesemua apa yang berlaku. Berhubung dengan kejadian langit dan Bumi daripada asap, beliau berpendapat penemuan-penemuan semasa menunjukkan fenomena ini memang benar-benar berlaku. Alam sebelum ini memang wujud dalam bentuk gumpalan asap. Daripada gumpalan asap itu lahirlah bintang-bintang dan kelahiran itu menjadi batu asas kepada kelahiran alam ini.
Akhirnya beliau berkata, "Saya kagum dengan fakta-fakta astronomi yang terdapat di dalam Quran. Dengan membaca Quran dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul, saya rasa saya akan menemui cara untuk mengkaji alam semesta pada masa akan datang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar